srikandi buku

Friday 12 October 2012

apabila HATI bErBicAraA



Setiap pertemuan bukanlah kebetulan , tetapi ianya adalah ketentuan Illahi.

Dengan sebuah pertemuan , kita boleh mengenal erti kehidupan .

Dengan sebuah pertemuan , kita kenal erti sebuah persahabatan.
Dengan sebuah pertemuan , kita kenal erti kasih sayang .
Dengan sebuah pertemuan , kita kenal erti CINTA . 

Hargailah sesebuah pertemuan itu.


Setiap pertemuan pasti ada perpisahannya. Tidak kiralah perpisahan yang mengikut hukum dunia yang mana perpisahan selamanya mahupun perpisahan kerana takdir atas sebab-sebab tertentu.


Biasanya apabila terjadi sesuatu perpisahan itu barulah kita sedar akan kemanisan sesuatu pertemuan mahupun ikatan.


Berpisah bukan beerti benci. Bukan juga beerti tak suka ataupun apa yang sewaktu dengannya lah.

Mungkin hanya dengan berpisah dia mendapat ketenangan. Mungkin berat dan amat berat sebenarnya untuk menghadapi sesuatu perpisahan. Lagi-lagi kepada seseorang yang pernah mengajar kita erti " SAYANG " . 

Kalau dilihat dengan teliti , perpisahan adalah satu jangka masa yang diberikan untuk seseorang itu berfikir untuk berubah menjadi matang dan juga berubah kepada yang lebih baik.

Belajar daripada kesalahan adalah benda terbaik dalam jangka perpisahan ini supaya kesalahan yang pernah kita lakukan itu takkan pernah terjadi lagi kepada orang lain. ^_^




Ada juga istilah " terpaksa berpisah "


Mungkin dengan hadirnya kita,seseorang yang dulunya hatinya terjaga daripada kekotoran , kotor disebabkan kita. 

Mungkin dengan hadirnya kita, seseorang yang dulunya baik dan dihormati masyarakat menjadi sebaliknya.
Mungkin dengan hadirnya kita, seseorang yang dulunya tinggi imannya , lalai dek kerana kita.
Mungkin dengan hadirnya kita, seseorang yang dulunya berjaga ditengah malam untuk beribadah , tapi berjaga untuk benda lain kerana kita.

Jadi , janganlah anggap sesuatu perpisahan itu  sesuatu yang teruk dan menyebalkan dan ianya juga bukannya untuk seseorang itu lari daripada masalah. Mungkin dengan hanya perpisahan seseorang itu dapat mencari redha Allah dan menjadi lebih baik daripada sebelumnya. 


Fahamilah erti sebenar PERTEMUAN & PERPISAHAN ~ 


No comments:

Post a Comment