srikandi buku

Monday 29 October 2012

kekasihku..




Padamu ku harap
Kau hadir dalam hariku
Agarnya kau tahu betapa ku cinta padamu
Setiap masa
Seolah ada di sisi
Kasih padamu takkan pernah padam

Sayangku hanya engkau di hati
Jiwaku ini kosong tanpa pelukanmu
Oh belaianmu

Kasih kita ditakdirkan
Bersama takkan engkau ku persiakan
Walau terkadang hatimu dah terusik olehku

Selagi ada nyawa seluruh daya
Kan ku pastikan kau gembira
Segala cinta dan saat bahagia
Oh ibu ke akhir hayatku...

abah (ismail sema'on) ibu (mariyana sbran)

teruskan menulis..


Bismillah..moga ALLAH redha dengan tinta ini....


Tulis apa yang baik, share apa yang baik. Macam berkata-kata. Melihatkan blog-blog orang, subhanAllah! Hebat hebat belaka. Ayat tersusun rapi, indah kemas bertatahkan berlian mutiara-mutiara kata daripada ulama' dan para motivator...


Penulis, aku kagum! Kagum dengan ayat yang tesusun rapi, indah dibaca. Kagum dengan ilmu yang mungkin di copy paste semata. Kagum, sejujurnya kagum. Kagum dan malu.

Malu kerana post-post yang dishare sangat baik dan berguna. Pernah rasa seperti ini? Malu kerana orang lebih baik daripada kita. Cemburu pun ada. Cuma untuk membincangkan malu dan cemburu, bukan di post ini.

Jujur saya katakan, apabila melihat blog-blog orang, wall-wall orang yang sarat ilmu, kagum terbit dengan sendiri..
Saya tulis, dan terus tulis. Meski apa yang saya tulis itu bukanlah apa yang saya lakukan. Terus menasihat, sedangkan saya turut melakukan kesalahan sama.

Dan...

Inilah post yang saya gunakan untuk menegur diri sendiri yang turut melakukan kesilapan. Belajar dan berazam untuk melaksanakan apa yang ditulis.

Cukup payah.

Namun, payah tidak bererti mustahil. Tiada apa yang mustahil didunia ini dengan izin Allah. 

kekurang dalm satu perkara dalam hidup ..
Adalah didikkan ALLAH untuk menjadikan kita manusia yang hebat...
menulislah kerana ALLAH krna ALLAH tdk melihat betapa hebatnya ayat yang kita tulis tpi ALLAH melihat ape yang ingin kita sampaikn sbnrnya...
jzk~


Sunday 28 October 2012

BISMILLAH... ^^


ya Allah sayangilah sahabatku dikala penjagaanku tidak sampai padanya,
sayangi dia dikala rasa sayangku tidak mampu merangkulnya dalam dakapan yang nyata,
perhatikan dia dikala perhatianku tak terangkum dengan kata yang sahaja..kerana Engkau punya segalanya yang aku tidak punya.kerana aku selalu ingin dia menjadi sahabatku, di dunia, dan berharap bertemunya di syurga..AMIN,AMIN ya Rabbal A'lamin..

LAUTAN MAHABBAH PENGIKAT UKHUWAH, KASIH BERSEMI MESRA ABADI, BEGITU INDAH UKHWAHFILLAH, WASILAH MENDAMBA CINTA ILLAHI, SEMOGA UKHWAH BERKEKALAN FI MARDHATILLAH....


Maafkan diriku andai tidak dapat menjadi sahabat yang baik buat dirimu...


tinta buat sahabat-sahabat yang dikasihi


moga dalam setiap langkah setiap apa yg terlintas daripd htai antunna diredhai ALLAH SWT.!ok..
teruskan perjuanagn walaupun ramai yg memandg rendah trhdp diri kita~


BACAlah..wahai SENIORku...

BISMILLAH...
sungguh masa mmg sungguh cpt berlalu semakin lama semakin cepat..ia brlalu tnpa kita sedarikan?
andai masa ini dpt diputarkan kembali aku ign sekli menghargai prsahaban yg terjalin dulu tapi aku ego....ana asif...ana asif jiddan...

… junior nampak senior  dekat musolla junior  nak tegur senior…tapi junior  malu dan takut..nanti senior  cakap junior  ni terhegeh-hegeh ambil tahu semua pasal senior….semasa tu junior  dah nak turun masuk dorm…tapi apabila terfikirkan senior, junior  naik semula musolla ..junior  melihat senior masih di musolla..


tapi senior  sedang berbual rancak dengan adik2 junior asrama yang lain dan teman2 senior…junior  malu jugak nak mencelah…supaya senior tak nampak bahawa junior   ni naik semula ke musolla sedangkan junior bru turun sebentar tadi  junior cepat-cepat berlakon bahawa junior nak masuk semula ke musollah sebab nak ambil buku yang tertinggal…terasa malu pulak..

junior malu sebab junior pernah melukai hati senior...maaf junior krna junior tdk menegur senior..berbulan2..skrg..junior cuba tuk menegur senior tpi serus junior x mmpu..junior x kuat... malu yg teramat...skrg tiba masa cuti.junior cuba ambil peluang tuk tegur senior melalui phone  tapi malangnya phone senior tdk aktif..setiap masa junior cuba call  senior trnyata ianya x brhasil..junior cube tnya kt shabat senior .
junior : salam..akak..akak dia dah tukar no ea????
sahabat senior : wassalam...erm,x ..knp?x dpt eh?
junior : ha'ah ..junior call x aktif..msj x reply..huhu
sahabat senior : rsenye fone dia xde bateri kot..sbb dia blik kg..
junior : ow mmg x de bateri dari semalam..
sahabat senior : hermm,atau mgkn buat mse ni,dia x nk org ggu sbb nk SPM kot..x pe2 junior khusnudzon jee eh! mkn cas bateri dia hilang sape thukan? :)
(25/10/2012)
sampai skrg fone senior maseh x aktif penat junior tggu...tpi x pe junior sabar mungikn ALLAH x izinkan..




hmmm…tapi junior tak kisah semua tu…dan apa yang penting apa yang bakal junior  beritahu ni…dah lama junior  pendam…dan lama junior  simpan perasaan ni…junior  tak nak jadikannya sebagai pusaka lah…walaupun senior dah tahu..apa-apa pun, junior  nak luahkan jugak..junior tak kisah, asalkan jika junior  pergi…apa yang terbuku di hati sudah pun junior luahkan…

seniorku, junior  sangat menyayangimu…junior sangat merinduimu di kala junior kesunyian…tetapi junior tahu siapa junior …tidak layak bagiku untuk berkata begini…tetapi inilah perasaan yang subur di hatiku…terukir namamu indah dalam hatiku..sebagai sahabat sejatiku…setiap kali senior bersuara, setiaku mendengar agar tenang dan senang kau merasa..

setiap kali senior sakit,kecewa,risau dan takut…junior  cuba untuk mendampingimu agar senior tahu bahawa junior jujur dalam persahabatan ini…Tetapi di matamu, junior hanyalah orang awam sahaja dalam hidupmu…junior  bagaikan melukut di tepi gantang…junior  ada..junior  tiada..semuanya sama bagimu…junior  tidak kisah semua itu sahabatku…kerana aku masih bersabar..

junior berdoa agar pintu hatimu terbuka untuk menerimaku…junior  akan bersabar hingga ke akhir hayatku…akhir kalam,kutegaskan sekali lagi perasaanku ini…junior  menyayangimu..junior  merinduimu.junior  mohon dan berdoa agar persahabatan kita kekal dunia akhirat.. moga ALLAH sentiasa meilndungi senior dan semoga ALLAH redha apa yg terlintas di hati Junior ini...
wasssalam..daripada junior baut senor yg benama CHAN GHURABA’..
    maaf kan junior krna prnah melukai hti senior...


Friday 12 October 2012

apabila HATI bErBicAraA



Setiap pertemuan bukanlah kebetulan , tetapi ianya adalah ketentuan Illahi.

Dengan sebuah pertemuan , kita boleh mengenal erti kehidupan .

Dengan sebuah pertemuan , kita kenal erti sebuah persahabatan.
Dengan sebuah pertemuan , kita kenal erti kasih sayang .
Dengan sebuah pertemuan , kita kenal erti CINTA . 

Hargailah sesebuah pertemuan itu.


Setiap pertemuan pasti ada perpisahannya. Tidak kiralah perpisahan yang mengikut hukum dunia yang mana perpisahan selamanya mahupun perpisahan kerana takdir atas sebab-sebab tertentu.


Biasanya apabila terjadi sesuatu perpisahan itu barulah kita sedar akan kemanisan sesuatu pertemuan mahupun ikatan.


Berpisah bukan beerti benci. Bukan juga beerti tak suka ataupun apa yang sewaktu dengannya lah.

Mungkin hanya dengan berpisah dia mendapat ketenangan. Mungkin berat dan amat berat sebenarnya untuk menghadapi sesuatu perpisahan. Lagi-lagi kepada seseorang yang pernah mengajar kita erti " SAYANG " . 

Kalau dilihat dengan teliti , perpisahan adalah satu jangka masa yang diberikan untuk seseorang itu berfikir untuk berubah menjadi matang dan juga berubah kepada yang lebih baik.

Belajar daripada kesalahan adalah benda terbaik dalam jangka perpisahan ini supaya kesalahan yang pernah kita lakukan itu takkan pernah terjadi lagi kepada orang lain. ^_^




Ada juga istilah " terpaksa berpisah "


Mungkin dengan hadirnya kita,seseorang yang dulunya hatinya terjaga daripada kekotoran , kotor disebabkan kita. 

Mungkin dengan hadirnya kita, seseorang yang dulunya baik dan dihormati masyarakat menjadi sebaliknya.
Mungkin dengan hadirnya kita, seseorang yang dulunya tinggi imannya , lalai dek kerana kita.
Mungkin dengan hadirnya kita, seseorang yang dulunya berjaga ditengah malam untuk beribadah , tapi berjaga untuk benda lain kerana kita.

Jadi , janganlah anggap sesuatu perpisahan itu  sesuatu yang teruk dan menyebalkan dan ianya juga bukannya untuk seseorang itu lari daripada masalah. Mungkin dengan hanya perpisahan seseorang itu dapat mencari redha Allah dan menjadi lebih baik daripada sebelumnya. 


Fahamilah erti sebenar PERTEMUAN & PERPISAHAN ~ 


Sunday 16 September 2012

KaDANg - kAdANg aKU.....

Kadang-kadang aku jengah ke FB, membaca dan melihat status berulang kali tanpa jemu.
Kadang-kadang aku menatap gambar, hampir tidak sedar menitik-nitik manik putih.
Kadang-kadang aku melilau melihat skrin handset, bilakah mesej akan berkunjung?
Kadang-kadang aku memicit-micit punat handset, mencari nombor yang ghaib secara tiba-tiba.


Aku sangat rindukan dia. Rindu sangat sangat.
Tapi rinduku rindu tidak terucap. Rinduku hanya mampu berteriak di ruang atmosfera sekeping hati.
Rindu yang telah terhijab meskipun dengan kecanggihan teknologi yang luar biasa.
Wahai angin lalu, sudikah kau menolong aku? Khabarkanlah rinduku kepadanya. Bisikkanlah rasa rindu yang teramat kasih hingga bergetar seluruh tubuhnya.



*aku bukN SeORG YG KuAT..!